Resepi Dapur Malaysia

Resepi Ayam Bakar Dengan Air Asam Kerisik

No Comments

Resepi Ayam Bakar Dengan Air Asam Kerisik antara resepi yang popular daripada Chef Adam yang semestinya lazat dan amat menyelerakan .
image

Bahan-bahan:
1ekor ayam sederhana besar
5 gram pewarna merah
2 sudu teh biji lada hitam (ditumbuk kasar)
8 ulas bawang putih l ditumbuk kasar
Garam secukup rasa

Bahan A:
2 biji buah tomato (dihiris)
1 biji bawang besar (dihiris)
3 biji cili hijau (dihiris)
2 biji cili merah (dihiris)
3 sudu besar kerisik
10 sudu besar santan pekat

Air Asam Kerisik:
3 sudu besar air asam jawa
300ml air suam
6 biji cili merah (dikisar)
10 biji cili padi (dikisar)
4 sudu besar belacan (dikisar)
3 sudu besar gula
2 sudu kecil garam l dikisar

Cara membuat:

1.Bersihkan ayam , toskan air dan gaulkan dengan semua bahan sehingga sebati.
2.Biarkan diperap selama 3 hingga 5 jam.
3.Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak. Ketepikan.
4.Untuk air asamnya, kisarkan kesemua bahan dan kemudian gaulkan bersama semua bahan lain sehingga sebati dan secukup rasa.
5. Hidangkan bersama ayam bakar.

P/s: Resepi Ayam Bakar Dengan Air Asam sesuai dihidangkan bersama nasi putih dan air teh o ais lemon.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5