Resepi Dapur Malaysia

Resepi Ayam Bakar Maple

3 Comments

Bahan-bahan (2-3 orang)

2 ketul ayam maryland
2 ulas bawang merah – dikupas kulit
2 biji lobak – dipotong
3 biji ubi kentang – dipotong
2 biji tomato
2 biji cili hijau – dibelah dua
2 biji cili merah – dibelah dua
3-4 tangkai daun rosemary
Garam dan lada hitam
4 sudu sirap maple (maple syrup)
Minyak zaitun (olive oil)

Cara-cara

  1. Perap ayam dengan garam dan lada hitam selama 30 minit.
  2. Masukkan bawang merah, lobak, ubi kentang, tomato, cili hijau dan cili merah ke dalam loyang untuk membakar (roasting pan). Gaul bahan-bahan ini dengan sedikit garam, lada hitam dan minyak zaitun. Bakar selama 30 minit dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190 celsius.
  3. Keluarkan roasting pan, masukkan daun rosemary. Kacau bahan sayuran dengan sekata. Masukkan kembali ke dalam oven dan bakar lagi selama 10 minit.
  4. Masukkan ayam ke dalam roasting pan. Sapu ayam dengan sirap maple dengan sekata. Bakar ayam selama 30 minit.
  5. Terbalikkan ayam dan bakar lagi sehingga ayam betul-betul masak (20-30 minit).
  6. Siap untuk dihidangkan.

Resepi asal daripada buku ‘200 one pot meals’ oleh Joanna Farrow.

3 comments on “Resepi Ayam Bakar Maple

    • Ayam maryland ni ayam biasa je sebenarnya, cuma kat Australia cara potongan ayam kat atas tu dipanggil maryland (bahagian peha bersambung dgn bahagian atas peha).

      Maple syrup biasanya orang guna untuk topping pancake. Boleh google image kalau tak pasti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5