Resepi Ayam Black Pepper

Resepi Ayam Black Pepper. Sesuai dijadikan lauk dinner dan sedap dimakan semasa musim hujan. Blackpepper boleh membantu memanaskan badan.

Bahan-bahan (5 orang)

5 ketul ayam
6 ulas bawang merah – ditumbuk
2 ulas bawang putih – ditumbuk
1 inci halia – dihiris
1 sudu kecil lada hitam
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap manis
1/2 cawan air
1 sudu kecil tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
Garam dan gula
Minyak masak untuk menumis

Bahan-bahan (perap ayam)

2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil lada hitam

Cara-cara

  1. Perap ayam selama 30 minit. Kemudian goreng atau panggang sehingga masak.
  2. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam sehingga naik bau.
  3. Masukkan sos tiram, kicap manis dan air. Kacau hingga sekata. Kemudian masukkan air bancuhan tepung jagung.
  4. Masukkan ayam dan gaul hingga sekata.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Siap untuk dihidangkan.
[WD_FB id="1"]
33 Comments
  1. 6 years ago
    Juan

    terliur aku mendengarkan ayam dan lada hitam, perghhh

    Reply
  2. 6 years ago
    Az

    sedap! baru cuba tadi! the mat sallehs love it! i just reduced the amount of black pepper je. hehe.. thanks for sharing!

    Reply
    • 6 years ago
      Amir Said

      Thank you for trying this recipe. I just viewed your blog. Your husband is mat salleh?

      p/s: maybe I should reduce the amount of black pepper from 1 tbsp to 1 tsp.

      Reply
  3. 6 years ago
    marki

    Resepi paling kerap aku buat kat rumah sebab senang ๐Ÿ™‚

    Reply
  4. 6 years ago
    fifiey

    ehermmm, bestnyaaaaa. bru je mkn chicken wing semalam, teringin plak ayam ni lagi!

    Reply
  5. 6 years ago
    zack

    laparnya….. ohhhhhh

    Reply
  6. 6 years ago
    maduracuppies

    looks good !!

    Reply
  7. 6 years ago
    mancai

    memang terliur dibuatnya ni…

    Reply
  8. 6 years ago
    Cas

    Hi Amir, thanks to AZ who recommended me your blog, I made this and it was REALLY good! I also made the spicy fried macaroni and my hubby loved it. Thank you so much for your wonderful recipes and keep up the great work ๐Ÿ™‚

    Reply
    • 6 years ago
      Amir Said

      Hi Cas, thank you so much for trying that recipes. Next time, I will add more Malay recipes in this blog. ๐Ÿ™‚

      Reply
  9. 6 years ago
    samanosuke_04

    hoho, kalo kat sini kteorang selalu masak ayam black pepper, tapi tak guna resepi.. guna perencah segera jer.. hohohohoho… ade bepuluh2 paket lagi perencah dalam stok..

    Reply
    • 6 years ago
      Amir Said

      Salam bro. Long time no see. Aku ada jugak perencah segera tapi bukan black pepper la. Guna perencah time malas gile nak masak. Hehe. ๐Ÿ˜€

      Reply
  10. 6 years ago
    fuzza

    syukran… the best la. masak dperantauan.. akhawat ambek resepi syabab!!
    apa2 pon ana n ahli bayt dah ty dah ayam black paper ni..sedaaap.

    Reply
  11. 6 years ago
    Wan Perlis

    sentap
    sangat2 menyelerakan

    Reply
  12. 6 years ago
    haliaH junaidi

    saya nak cuba resepi ni…nampak menyelerakan….

    Reply
  13. 6 years ago
    fiezaradzi

    lau tak guna sos tiram, sedap tak ek rasanya?

    Reply
    • 6 years ago
      Amir Said

      Boleh je kan. Saya suka letak sos tiram sebab tak nak bagi rasa masin tu datang dari garam je.

      Reply
  14. 6 years ago
    fatym

    sedpnye lapor

    Reply
  15. 6 years ago
    nurasmah najihah

    terliur syer… xnak bg sdikit??? lpar niy …

    Reply
  16. 5 years ago
    pija

    nk try bt laa ๐Ÿ˜€ hihi

    Reply
  17. 5 years ago
    Azwa Azee

    I’ll take the recipe. Nak cuba..;)

    Reply
  18. 5 years ago
    akhiyy

    ok nti akan try bile dah ade ayam kat rumah..

    Reply
  19. 5 years ago
    siti aisya

    wah sedapnye..terliur.nak cuba la resipi ni.. try panggang lak

    Reply
  20. 5 years ago
    Ajlaa Hashim

    :)) this is going to be my menu tonight..hee

    Reply
  21. 5 years ago
    Ajlaa Hashim

    done..sedap..tapi kurangkan tepung jagung ๐Ÿ™‚ too thick.

    Reply
    • 5 years ago
      Amir Said

      saya letak 2 sudu besar air bancuhan tepung jagung. pekat ke? bukan 2 sudu besar tepung jagung. takut tersalah.

      Reply
  22. 5 years ago
    chayunk effa

    hr ney nk msak at family n sdare2 dtg.. h0pe jd.. amin.. ๐Ÿ™‚

    Reply
    • 5 years ago
      Amir Said

      Semoga berjaya. ๐Ÿ™‚

      Reply
  23. 5 years ago
    faez

    Salam,ni nk masak guna kicap pekat ke. Kicap abc saya guna semlm sbb kata nk kicap manis kan. Tp kenapa mcm lain dlm pic ni haha. Saya punya hitam je. Hehe

    Reply
    • 5 years ago
      Amir Said

      Saya guna kicap manis cap kipas udang. Masa saya toskan ayam yang dah digoreng, ada lagi minyak yang melekat pada ayam. Maybe sebab tu la warna lain sikit. hehe.

      Reply
  24. 5 years ago
    rosniza

    sedap sangat… perah sikit limau kasturi…huh…best giler…

    Reply
  25. 4 years ago
    Rose aty

    Nk try gk

    Reply
  26. 3 years ago
    ainahamdan

    tq for the recipe… suke sgt sebab berjaya masak ayam black pepper …

    sy akn share kan di blog saye dan juga di fb… ๐Ÿ™‚ trm kasih ye…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *