Resepi Dapur Malaysia

Resepi Ayam Cili Masak Ketumbar

No Comments

Resepi Ayam Cili Masak Ketumbar ok? Selain ayam masak merah,ayam cili masak ketumbar ini juga merupakan resepi kesukaan Chef.Ini kerana,terdapat rasa yang unik disebabkan oleh gabungan ketumbar dan juga cili.Oleh itu,Chef akan ajarkan anda cara-cara untuk memasak resepi yang sedap dan ringkas ini.

ayam cili ketumbar

Bahan-bahan:

Setengah kilo ayam
serbuk kunyit dan garam
7 biji bawang merah^
5 ulas bawang putih^
sedikit halia^
3 sudu besar setengah ketumbar*
1 sudu besar jintan manis*
6 sudu besar cili kisar
2 asam keping
Kisar kesemua bahan yang bertanda (^)
Kisar kesemua bahan yang bertanda (*)

Cara-cara membuat:
1.Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit &dan juga garam.
2.Goreng ayam tadi sehingga garing
3.Tumiskan semua bahan-bahan yang bertanda (^) sehingga naik bau.
4.Masukkan cili kisar kemudian masak sehingga pecah minyak.
5.Masukkan bahan-bahan yang bertanda (*) kemudian tuangkan sedikit air jika terlalu pekat (guna api sederhana je)
6.Masukkan asam keping, gula dan juga garam.
7.Kemudian masukkan ayam goreng dan kacau sehingga sebati.
8.Siap untuk dihidang.

P/s:Resepi Ayam Cili Masak Ketumbar ini lebih sedap jika dimakan ketika panas dan pedas.Selain itu,jika mahu lebih sedap dinasihatkan supaya dihidang bersama jus tembikai ataupun ice lemon tea.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5