Resepi Dapur Malaysia

Resepi Ayam Golek

No Comments

Resepi Ayam Golek merupakan resepi yang sedap dan merupakan makanan kegemaran semua rakyat Malaysia.Lebih-lebih lagi dibulan ramadahan yg mulia.
ayam_golek
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam – bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil

Bahan-bahan untuk ayam:
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar lada hitam tumbuk
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam
2 sudu besar gula pasir
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar
Sekikit mentega

Cara membuat:
1.Campur kesemua bahan-bahan dengan sedikit air dan kisar.
2.Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan di dalam ayam yang telah dibersihkan.
3.Perap selama 3-4 jam.
4.Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar atau panggang.
5.Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak .

Sos Lada Hitam.
Bahan-Bahan:
1 1/2 cawan stok ayam atau daging
1/2 cawan susu segar (nak kurangkan pun boleh)
4-5 sudu serbuk lada hitam
1 cm batang salery (dicincang)
1/2 biji bawang besar (dicincang)
2 sudu besar kicap manis – bergantung kehitaman yang dikehendaki
1 sudu sos tiram
1 sudu mentega atau marjerin
1/2 tin cendawan butang (dihiris)
2 sudu besar tepung gandum (bancuh dengan air)
garam dan gula – jika perlu

Cara menyediakan:
1.Panaskan stok ayam , susu segar , bawang dan juga batang salery hingga mendidih.
2.Kemudian tapis , buang bawang dan juga salery. kalau tak nak tapis pun takpe , didihkan semula lalu masukkan lada hitam ,
kicap manis , mentega/marjerin , sos tiram , cendawan butang , garam dan gula jika perlu.
3.Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum untuk mendapatkan kepekatan yang dikehendaki.

P/S:Resepi Ayam Golek boleh dimakan dengan nasi panas dan roti.Lebih sedap jika dicicah bersama sos buatan sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5