Resepi Dapur Malaysia

Resepi Ayam Goreng Lemon

No Comments

Resepi Ayam Goreng Lemon ok?resipi ini amat unik kerana kita akan kombinasikan ayam yang dimasak empuk bersama lemon yang fresh.Selain itu,rasanya yang masam-masam manis dapat membangkitkan selera makan kita.Tidak percaya? Mari kita cuba.

ayam goreng lemon

Bahan-Bahan:
250 gram ayam – dipotong kecil/dadu.
Setengah biji lemon – ambil jusnya.
Setengah biji lemon – dipotong bulat.
Sedikit kulit lemon – dihiris.
20 tangkai cili kering (atau ikut tahap kepedasan).
1 biji telur – dipukul.
8 ulas bawang putih.
Setengah inci halia – dipotong.
Sedikit daun ketumbar
Minyak
Garam dan gula

Cara Memasak:
1.Perapkan semua ayam tadi bersama kulit lemon dan sedikit garam dalam 10 minit
2.Panaskan minyak dan masukkan ayam ke dalam telur kemudian digoreng sehingga kekuningan.
3.Angkat dan toskan.
4.Untuk membuat sos,ambil sedikit mintak kemudian tumiskan bersama bawang putih dan halia hingga naik aroma.
5.Masukkan cili kering kemudian perahkan lemon ke dalamnya.
6.Masukkan garam dan gula secukupnya kemudian masukkan ayam yang bersalut telur tadi dan goreng sehingga sebati.
7.Taburkan daun ketumbar ketika mahu makan dan siap untuk dihidangkan.

P/s:Resepi Ayam Goreng lemon ini tidak perlu diperap begitu lama.Ini kerana,takut ayam tersebut menjadi terlampau masam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5