Resepi Dapur Malaysia

Resepi Ayam Goreng Madu

No Comments

Resepi Ayam Goreng Madu ok ? Resepi ini bukan sahaja sedap dan mudah untuk dimasak, malah ianya juga kaya dengan protein dan juga mempunyai pelbagai manfaat.Ini kerana,ayam mempunyai protein yang tinggi manakala madu pula mempun yai pelbagai manfaat seperti , menyihatkan tubuh badan, menghilangkan batuk,untuk kecantikan dan sebagainya.Oleh itu , Chef ingin mengajar anda cara untuk menyediakan hidangan ini.

ayam goreng madu

Bahan┬▓:
Ayam Separuh – direbus dahulu
Bawang merah 10 biji – dikisar
Bawang putih 7 ulas – dikisar
Halia 2 inch – dikisar
2 sudu makan kicap cair
2 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan madu
Minyak

Cara-cara memasak:
1.Rebuskan ayam tersebut sampai ianya separuh masak.
2.Campurkan bahan yang telah dikisar, kicap cair, kicap pekat, sos tiram dan madu bersama ayam kemudian gaul sehingga sebati.
3.Perapkan seketika ayam tersebut di dalam peti ais selama 2-3 jam.
4.Akhir sekali,panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing.

P/s : Resepi Ayam Goreng Madu tidak perlu digoreng terlalu lama kerana ayam sudah separuh masak.Selain itu , kalau takde madu guna je gula.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5