Resepi Dapur Malaysia

Resepi Ayam Goreng Mamak

No Comments

Resepi Ayam Goreng Mamak ok ? Jika anda selalu makan di kedai mamak,pastinya anda tahu akan hidangan ini.Resepi ini antara menu yang sangat laris di kedai mamak kerana rasanya yang pedas dan rangup amat sesuai jika dimakan bersama nasi putih.Akan tetapi,tidak semua orang menyukai resepi ini kerana sesetengah restoran menggunakan rempah yang terlalu banyak.Oleh sebab itu,Chef ingin kongsikan resepi yang laris ini,yang pastinya kurang berminyak dan juga kurang rempah.

ayam goreng mamak

Bahan-bahan:
1 ekor ayam – dibasuh sehingga bersih dengan menggunakan tepung
7 sudu besar – tepung jagung
6 sudu makan – tepung beras
4 tangkai daun kari

Bahan-bahan yang perlu ditumbuk lumat:
5 ulas bawang putih
2 inci halia
10 tangkai cili kering atau ikut tahap kepedasan
2 sudu besar rempah kari
2 biji telur
Garam – secukupnya
1 sudu besar serbuk lada sulah
Sedikit serbuk lada hitam

Cara-cara membuat:
1.Perapkan ayam bersama bahan yang telah dikisar halus, tepung jagung, tepung beras dan juga daun kari selama 1 jam.
2.Akhir sekali,selepas siap perap,panaskan minyak dan goreng ayam tersebut sehingga masak.
3,Siap untuk dihidang.

P/s : Resepi Ayam Goreng Mamak ini lagi sedap jika diperap dengan lebih lama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5