Resepi Dapur Malaysia

Resepi Ayam Goreng Pandan

No Comments

Resepi Ayam Goreng Pandan merupakan salah satu resepi masakan berempah yang sangat popular . Selain mudah disediakan , masakan ini juga sangat sedap .

image

Bahan-bahan:
1 kg peha ayam
3 batang serai (dikisar)
1 inch halia (dikisar)
1/2 inci lengkuas (dikisar)
15 tangkai cili kering (dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk ketumbar
Garam
Gula pasir
Beberapa helai daun pandan untuk dibalut pada ayam
3 sudu besar minyak untuk digaulkan pada ayam
Batang lidi (Tooth Picks)
Minyak untuk menggoreng

Cara membuat:

1.Gaulkan ayam bersama rempah-rempah yang dikisar dan semua bahan lain secukup rasa , perap ayam selama 1 jam.

2.Balut ayam bersama daun pandan dan kelip dengan lidi.

3.Panaskan minyak untuk menggoreng ayam (pastikan minyak tidak terlalu panas , supaya ayam masak sepenuhnya).

4.Siap untuk dihidangkan.

P/s:Resepi Ayam Goreng Pandan boleh dihidangkan dengan nasi panas atau nasi lemak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5