Resepi Dapur Malaysia

Resepi Ayam Halia

No Comments
Resepi Ayam Halia ok? Jom belajar resepi sedap ayam masak halia dengan Chef Adam di laman web resepi ini.
 
Resepi ayam masak halia ini sesuai dimasak oleh suri rumah yang kurang masa dan selalu sibuk dengan kerja-kerja rumah kerana ianya sangat mudah untuk disediakan sama seperti resepi nasi ayam.
 
resepi ayam halia
Bahan-Bahan:
 
Dada ayam dipotong dadu
8 biji cili api diracik
1 sudu tepung jagung dicampur air
3 biji bawang merah
1/2 lobak merah
1 biji tomato sederhana besarnya
2 ulas bawang putih – diblender
1 biji bawang besar – dicercai 4 dan dicerai kelopaknya
1 inci halia – hiris nipis seperti mancis
1 sudu kecil lada hitam – ditumbuk kasar
1/4 lada benggala – dipotong kecil
1/2 sudu kecil pati ayam
1/2 cawan air
sedikit kicap
sos tomato, sos cili, dan sos tiram
sedikit garam dan gula
 
Cara Penyediaan Resepi Ayam Halia:
 
1. Ayam yang sudah dipotong kecik tadi yang telah digoreng, sila perap dengan sedikit sos tiram, secubit garam, sedikit serbuk lada hitam selama 30 minit. Lagi lama lagi bagus.
 
2. Kemudian panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam tadi, selepas tu bila dah nampak garing ketepikan. dengan memakai minyak yang sama tapi bila banyak buangkan sikit. tumis bahan yang telah ditumbuk kasar tadi bersama halia sampai naik bau dan kekuningan.
 
3. Kemudian masukan bawang besar, cili padi, lobak merah, dan lada benggala. selepas itu kacau sebatikan. masukan sos cili, sos tiram, sos tomato, sedikit kicap, dan air. kacau sebatikan.
 
4. Bila dah nampak mendidih masukan kepingan dada ayam yang telah digoreng tadi dan kacau sebatikan. masukan juga tepung jagung yang telah berbancuh dengan air. sesuaikan kepekatan dengan selera anda
 
5. Akhir sekali masukan pati ayam, garam, gula, dan buah tomato. kemudian kacau rata dan sesuaikan cita rasanya dengan selera anda. bila dah masak tutup api dan hidangkan bersama nasi panas.
 
Memang best jika anda dapat mencuba resepi yang cukup ringkas ini kerana dijamin sangat sedap. Kalau tak sempat nak habiskan banyak masa memasak, masak je resepi-resepi yang ringkas macam ni. Ringkas tapi sedap tau. Oh ya, jangan lupa share tau!
 
Belajar juga resepi-resepi yang mudah dan simple dibawah ini seperti:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5