Resepi Dapur Malaysia

Resepi Ayam Kukus Halia

No Comments

Resepi Ayam Kukus Halia ok? Resepi ini amat sesuai dimasak ketika anda sedang berdiet,selain ayam bakar ayam yang dikukus juga dapat mengurangkan pengambilan kalori anda semua.Ianya juga adalah kerana, ayam tersebut direbus bersama halia.Halia bertindak sebagai pembuang angin dan sebagainya.

Resepi ini juga boleh dihidang kepada orang yang telah lanjut usia,terutamanya yang menghidapi penyakit kencing manis dan darah tinggi.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Bahan-bahan yang diperlukan:
setengah kilo ayam – ambil yang bahagian besar peha sahaja
3 camca lada putih
sedikit lada hitam
1 sudu makan minyak bijan
2 sudu makan madu
Halia sebesar ibu jari atau ikut suka – dikisar halus
10 biji bawang putih – dikisar halus
13 biji bawang merah – dikisar halus
Sedikit daun sup – dihiris halus
Sedikit daun bawang – dihiris halus
garam secukupnya

Cara-cara membuat:
1.Basuhkan ayam dan digaul dengan bahan yang telah dikisar
2.Kemudian gaul dengan lada putih,lada hitam ,minyak bijan dan madu
3.Biarkan selama 2 jam sehingga bahan-bahan tersebut menyerap
4.Kukuskan ayam tersebut sehingga masak
5.Bolehlah dihidangkan

P/s : Resepi Ayam Kukus Halia ini lebih sedap jika diperap dengan lebih lama dan biarkan isinya sedikit berjus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5