Resepi Dapur Malaysia

Resepi Ayam Lemon Ala Cina

No Comments
ayam-lemon
Ayam masak lemon sememangnya popular dalam kalangan masyarakat cina dan menu ini kian digemari oleh masyarakat Malaysia khususnya orang Melayu. Sajian ini boleh didapati di restoran-restoran dan menjadi hidangan kegemaran kerana rasanya yang lazat dan enak.
Bahan-Bahan:
  1. 1 kg ayam (potong kecil) – Seeloknya ambil bahagian yg tiada tulang
  2. 2 sudu kicap
  3. 1/4 sudu kecil lada putih
  4. sedikit garam
Bahan-Bahan untuk salutan ayam (digoreng)
  • 2 biji telur
  • 2 1/2 sudu besar tepung jagung
  • 1/2  sudu kecil baking powder
  • sedikit lada putih
  • 1/2 sudu kecil garam
Cara-cara menggoreng:
 
1. Pukul telur sehingga kembang, kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit- letak sedikit garam dan lada putih.
2. Masukkan ayam yang telah diperap dengan kicap, lada putih dan garam.
3. Goreng sehingga warna bertukar keemasan.
Bahan-bahan untuk sos Lemon:
  • 75 gm gula
  • 1 cawan (250ml) stok ayam
  • 11/2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 1/2 sudu kecil garam
  • hirisan lemon yang telah dikupas kulit
  • 2 sudu besar minyak
  • sedikit pewarna kuning
Cara-cara menyediakannya:
1. Adunkan 75 gm gula, 1 cawan stok ayam, 1.5 sudu besar tepung jagung, 2 sudu besar jus lemon, 1/2 sudu kecil garam dan pewarna dua /tiga titis dan adunkan dengan baik semua bahan-bahan ini. Masukkan juga tiga hirisan lemon tadi.
2. Masukkan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali dan masukkan adunan tadi. Panaskan kuali dengan api kecil dan kacau adunan itu sehingga sos anda menjadi jernih.
Selamat mencuba resepi masakan ayam lemon ala cina istimewa ini dan jangan lupa share ya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5