Resepi Dapur Malaysia

Resepi Ayam Masak Kicap Pedas

3 Comments

Resepi Ayam Masak Kicap Pedas daripada Chef Adam. Mohon share ye resepi terhebat ini sebab ianya memang sedap dan terbaik.

resepi ayam masak kicap pedas

Bahan bahan Masakan:

1 ekor ayam
sebiji ubi kentang
1 biji bawang besar
3 biji cili hidup merah
2 sudu besar cili kisar
Daun saderi diracip
Sedikit Susu F&N pekat manis
Lada Hitam
Rempah penumis (Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)

Bahan Untuk Kuah Kicap:
Kicap Pekat Jalen
Kicap manis Jalen
Sos tomato Jalen
Sos tiram Jalen

Bahan bahan untuk dikisar:
1/2 labu bawang besar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Cara cara penyediaan :

1. Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan-bahan kisar tadi sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili masak dan hilang bau cili.

2. Masukkan kicap pekat, kicap manis, sos tomato dan sos tiram. Kacau hingga sebati kemudian masukkan 2 gelas air masak.

3. Setelah masakan mendidih, masukkan sedikit susu pekat, serbuk lada hitam, bawang besar dan cili hidup tadi. Akhir sekali masukkan ayam  yang telah digoreng bersama kunyit sebelum ini. Kacau beberapa minit dan matikan api. Taburkan daup sup untuk hiasan.

Mohon share resepi ayam masak kicap ini ya. Terima Kasih.

3 comments on “Resepi Ayam Masak Kicap Pedas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5