Resepi Dapur Malaysia

Resepi Ayam Masak Kurma

No Comments

Resepi Ayam Masak Kurma ok? Resepi ayam masak kurma tidak asing lagi bagi masyarakat Malaysia,ianya sering di jumpai di kenduri kendara dan juga majlis-majlis lain.Untuk memastikan menu anda menjadi sedap dan lazat,anda perlulah memastikan bahawa bahan yang anda gunakan daripadada bahan yang segar.Perkara yang paling asas sekali , anda perlulah menggunakan santan dan ayam yang betul-betul segar.Sila rujuk di bawah untuk memasak hidangan ini.

ayam kurma

Bahan-bahan yang diperlukan:
1 ekor ayam
Rempah kurma ayam – secukupnya
rempah tumis seperti kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang
1 biji santan segar
1 biji tomato – potong 4
4 biji kentang – dipotong 4
1 biji lobak merah – didadu besar

Bahan yang perlu ditumbuk halus:
5 ulas bawang putih
10 ulas bawag merah
2 cm halia

Cara-cara membuat:
1.Panaskan minyak did alam kuali sehinga betul-betul panas,Kemudian masukkan bahan yang telah di tumbuk, rempah tumis dan juga rempah kurma ayam serta kacau sampai pecah minyak.
2.Kacaukan lagi sehingga sebati
3.Masukkan ayam dan biar ianya masak seketika
4.Masukkan kentang dan lobak merah (jangan masukkan terlalu lambat , takut ianya kurang empuk)
5.Apabila kentang & lobak merah sudah empuk, masukan santan segar tadi dan Kacau sehingga sebati dan biarkan ianya mendidih
6.Akhir sekali,masukkan tomato, garam & gula secukup rasa

P/s : Resepi Ayam Masak Kurma lebih sedap jika dimasak sehingga sedikit kering kerana semua bahan-bahan akan meresap ke dalam isi ayam.Jika anda inginkan kuah tidak perlulah masak dengan lebih lama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5