Resepi Dapur Malaysia

Resepi Ayam Masak Lada Hitam Dan Cendawan

No Comments

Resepi Ayam Masak Lada Hitam Dan Cendawan ok? Selain black pepper steak,ayam juga boleh dimasak lada hitam.Untuk memasak hidangan ini,masa yang anda perlukan adalah 30 minit sahaja.Resepi ini bukan sahaja sedap,malahan ada khasiat dan kelebihannya yang tersendiri.Antara kelebihan lada hitam adalah,ianya dapat memanaskan badan anda justeru hidangan ini amat sesuai jika dihidangkan pada musim hujan dan juga untuk dinner.

ayam lada hitam

Bahan-Bahan:
Ayam separuh – dipotong kecil
10 biji cendawan butang segar – potong empat
4 batang celeri – potong serong
1 inci halia – dihiris nipis
2 biji bawang besar – potong empat
5 ulas bawang putih – hiris nipis
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu kecil minyak bijan
2 sudu kecil kicap manis
4 sudu besar minyak masak
Tepung jagung secukupnya sebab nak bagi pekat – bancuh dengan air sampai jadi pes
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara membuat:
1.Gaulkan ayam dengan garam dan goreng sampai separuh masak.Kemudian angkat dan ketepikan.
2.Tumiskan bawang putih dan halia sehingga naik bau dengan menggunakan minyak ayam tadi, kemudian masukkan serbuk lada hitam dan kacau sehingga sebati.
3.Kemudian masukkan ayam dan kacau seketika.
4.Selepas itu,masukkan pula cendawan, celeri, minyak bijan dan kicap manis kemudian kacau sehingga cendawan menjadi sedikit layu.
5.Tuang sedikit air,agak-agak je,kemudian masukkan sedikit pes tepung jagung supaya kuah menjadi pekat.
6.Akhir sekali,perasakan dengan gula dan garam secukupnya.

P/s : Resepi Ayam Masak Lada Hitam Dan Cendawan lebih sedap jika dimasak dengan lebih pekat dan sedikit pedas.Selain itu,resepi ini juga sesuai di makan dengan semua jenis hidangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5