Resepi Ayam Masak Madu

Bahan-bahan (4-5 orang)

5-6 ketul ayam
Garam dan serbuk kunyit
4 sudu besar madu
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar cili kisar
6 ulas bawang merah (dikisar)
1 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
2 batang serai (diketuk)
1 batang kulit kayu manis
Sedikit bunga lawang dan buah pelaga.

Cara-cara

  1. Gaul ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Kemudian, goreng hingga masak.
  2. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar. Masukkan serai, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
  3. Masukkan cili kisar, sos cili dan madu. Kacau hingga sekata.
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng. Biarkan seketika.
  5. Siap untuk dihidangkan.

OM: Sorry sebab rupa ayam masak madu saya macam ayam masak merah je. Saya akan improve next time. InsyaAllah. 🙂

18 Comments
  1. 6 years ago
    liyana

    bkan ke mmg macam ni rupenya? mmg mcm ayam masak merah..lainlah kalau buat ayam goreng bermadu..

    psss: nampak sedap ^^

    Reply
    • 6 years ago
      Amir Said

      Hehe. Entah, rasanya ayam masak madu, kuah x merah sangat.

      Reply
  2. 6 years ago
    aisumi chan kawa'i

    arghhh my fav lagiikk.. mami masak ayam masak madu pun mcm nih jugak rupanya.. aduhh dah teringinn..

    Reply
    • 6 years ago
      Amir Said

      oo ye ke? hehe, ok ada geng. haha

      Reply
  3. 6 years ago
    Shafiq

    Mir, nmpak sedap…hehe…

    Reply
  4. 6 years ago
    nasyitah

    sedap gilerrrrrrrrr~

    Reply
  5. 6 years ago
    nasyitah

    sedap glerrrrrrrr

    Reply
  6. 6 years ago
    umie

    belog resepi ..~ ~ terbaik lah .. 🙂

    Reply
  7. 6 years ago
    ina

    tapi nmpak sedap..kecur air liur

    Reply
  8. 6 years ago
    titan

    macam masak merah aje..masak madu bukan jadi gelap sikit ke??

    Reply
    • 6 years ago
      Amir Said

      Ayam masak madu sepatutnya warna macam merah-perang, gelap sikit la.

      Reply
  9. 6 years ago
    izzetie

    nak tanya lah, cili kisar cili ape erhh?? gune cili padi ke, cili kering?? maaf lah yer baru blaja masak, xtau..huhu

    Reply
    • 6 years ago
      Amir Said

      Semua resepi di Oh Malaysia yang guna cili kisar tu ialah cili kering yang dikisar.

      Reply
  10. 6 years ago
    asmiani

    sedap sngat ank2 suke..

    Reply
  11. 5 years ago
    zakhirin

    maaf menambah.tp ikot pnglman biase ltak
    gule merah n kicap pekat untuk pekat kn wrne. 🙂

    Reply
    • 5 years ago
      Amir Said

      Terima kasih atas tips ni. 🙂

      Reply
  12. 5 years ago
    akhiyy

    memang tercari gak resepi ini..tapi ayam madu nak buat ade kuar macam mane? letak air banyak?

    Reply
  13. 4 years ago
    Cik Anon

    madu madunye.. ni memang betul2 ayam masak merah… ayam madu kena letak madu madu 🙂

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *