Resepi Dapur Malaysia

Resepi Ayam Panggang Madu Rosemary

No Comments

Resepi Ayam Panggang Madu Rosemary sangat sesuai dihidangkan pada majlis makan-makan bersama keluarga dan sangat enak dan mudah untuk disediakan.

image

Bahan-bahan:
1 ekor ayam
4 ulas bawang putih
2 sudu besar daun rosemary kering
1 inci halia
Sedikit lada hitam
Sedikit serbuk cili
Garam
Madu
Daun Basil kering
Daun parsley kering
2 sudu olive iol
Lemon (direbus hingga lembut dan dicucuk dengan garfu)
2 biji kentang (dipotong empat)
2 biji tomato (dipotong dua)
1 biji lobak (dipotong enam)
Brokoli
Bawang kuning (dibelah empat)

Cara membuat:
1.Bersihkan ayam dan perapkan dengan sedikit garam.
2.Tumbuk halia , bawang putih serta rosemary supaya sebati dan gaulkan bersama lada hitam , minyak bersama madu.
3.Lumurkan bahan yang ditumbuk pada ayam dan di dalam perut ayam.
4.Masukkan lemon yang telah dicucuk kedalam perut ayam dan bungkus dengan plastik selama 2 jam (taburkan juga daun parsley dan daun basil untu tambah aroma).
5.Susun ayam dalam tray dan bakap selama 45 minit pada suhu 180-200c.
6.Rebus seketika ubi kentang dan tomato sehingga 3/4 empuk , angkat dan toskan (brocoli pula hanya dicelur).
7.Gaulkan lebihan bahan yang ditumbuk dengan sayuran dan ketepikan .
8.Apabila ayam sudah 3/4 masak , aturkan bahan sayuran yang telah dilumur dengan rempah rosemary keatas tray.
9.Bakar semula ayam selama 10 minit dengan suhu yang sama.
10.Siap untuk dimakan.

P/s:Resepi Ayam Panggang Madu Rosemarysangat sesuai dihidangkan bersama nasi panas atau roti , juga sesuai dimakan begitu saja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5