Resepi Dapur Malaysia

Resepi Ayam Popcorn Rangup

No Comments

Resepi Ayam Popcorn Rangup merupakan resepi inspirasi daripada popcorn KFC dan sangat mudah untuk disediakan malah sangat lazat dan memuaskan.

image

Bahan-bahan:
500 gram dada ayam (dipotong dadu)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1/2 sudu kecil garam
1sudu kecil lada hitam
1 cawan tepung gandum
3 cawan emping jagung (dikisar kasar)
1 sudu kecil papprika
1 sudu kecil serbuk lada sulah
2 sudu kecil mentega
2 biji telur (dipukul)
3 cawan minyak masak

Cara membuat:

1.Masukkan ayam , bawang putih , garam dan serbuk lada hitam kedalam satu mangkuk , kemudian gaul hingga sebati dengan ayam dan perap selama 30 minit.

2.Di dalam magkuk berlainan , satukn emping jagung , serbuk paprika , sedikit garam dan serbuk lada sulah dan gaul sebati.

3.Ambil ayam dan gaulkan di dalam mangkuk yang berisi tepung hingga sebati.

4.Kemudian celupkan kedalam bancuhan telur dan sadurkan kembali dengan bancuhan emping jagung.

5.Panaskan minyak masak dan tambahkan mentega ke dalamnya (birkan mentega cair).

6.Apabila minyak sudah panas , goreng ayam sehingga bertukar ke warna keemasan.

7.Toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.

P/S:Resepi Ayam Popcorn Rangup sesuai dimakan bersama sos cili dan mayonis atau sos mustard.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5