Resepi Dapur Malaysia

Resepi Ayam Sambal Berserai

No Comments

Resepi Ayam Sambal Berserai ok? Cara masak resepi ini amat mudah kerana ianya macam masak ayam sambal sahaja,tetapi kali ini kita perlu menambah sedikit lagi bahan seperti serai dan sebagainya.Selain itu,untuk memasak resepi ini hanya mengambil masa selama 20 hingga 30 minit sahaja.Selain ringkas,resepi ini juga amat sedap apabila dimakan bersama nasi putih mahupun nasi impit.

ayam sambal berserai

Bahan-bahan:
Ayam separuh – goreng separuh masak
20 biji cili kering atau ikut tahap kepedasan
1 biji setengah bawang besar
5 batang serai – dihiris dan dikisar halus
1 biji bawang besar – dihiris bulat
2 batang serai – masukkan ke dalam kuali apabila masakan hampir masak

Cara-cara membuat:
1.Tumiskan bahan yang dikisar sampai naik aroma
2.Kemudian masukkan ayam dan kacau dahulu sehingga sebati
3.Selepas sebati masukkan air secukupnya dan kacau lagi sehingga rata dan sebati
4.Akhir sekali masukkan garam,serbuk kunyit,sedikit air asam jawa dan tomato yang dihiris jika mahu
5.Siap untuk dihidang.

P/s:Resepi Ayam Sambal Berserai ini lebih sedap jika dimasak sedikit kering supaya sambalnya lebih sedap dan garing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5