Resepi Dapur Malaysia

Resepi Bebola Roti Goreng

No Comments

Resepi Bebola Roti Goreng ok? Hari-hari makan bebola ikan , nugget atau dikenali sebagai makanan yang tinggal untuk digoreng je , apa salahnya kadang-kadang rajinkan diri untuk buat sendiri pula kan ? Selain resepi yang saya tulis diatas tadi , anda juga boleh membuat roti menjadi bebola tau ? Disamping mudah untuk dibuat , resepi ini juga sangat sedap , inikan lagi masakan yang menggunakan air tangan anda sendiri, memnag lagi sedap lah jawabnya.Apa yang anda tunggu lagi ? jom cubanya sekarang!

bebola roti goreng

Bahan-bahan:
6 keping roti sandwich – dikoyak
1 biji telur
1 biji cili merah – dihiris
Sedikit daun bawang – dihiris
Sedikit daun sup – dihiris
1 biji bawang besar – dihiris
2 sudu makan serbuk lada putih
Setengah kiub perasa ikan bilis
3 sudu makan mayonis
2 keping dada ayam – dihiris kecil
Garam Secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Cara-cara membuat:
1.Panaskan minyak terlebih dahulu dan gorengkan ayam sehingga masak kemudian angakat , tos dan ketepikan.
2.Masukkan roti ke dalam mangkuk besar dan masukkan telur.
3.Kemudian masukkan kesemua bahan kedalam mangkuk kecuali minyak dan ramas sampai sebati.
4.Bulatkan adunan roti tadi,kemudian panaskan minyak dan gorenglah sehingga warnanya keperangan.
5.Akhir sekali, angkat , toskan dan sedia untuk dihidangkan.

P/s : Resepi Bebola Roti Goreng ini sebelum digoreng , anda perlulah pastikan bahawa minyak tersebut betul-betul panas dahulu supaya bebola tersebut dapat digoreng dengan betul-betul sempurna dan bagi mengelakkan adunan tersebut menyerap minyak .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5