Resepi Dapur Malaysia

Resepi Begedil Daging

No Comments

Resepi Begedil Daging okay? Resepi ini sangat superb kerana boleh dimakan bersama nasi dan juga soto.Selain itu,resepi ini amat mudah untuk disediakan serta tahan lama.Begedil yang belum dimasak hendaklah disimpan kedalam peti supaya ianya tidak cepat basi kemudian,pada esok hari ianya boleh digoreng sekali lagi.Antara bahan yang diperlukan ada dibawa,mari cuba.

burgedil daging

 

Bahan-Bahan:
4 biji kentang – dihiris
suku kilo daging lembu – dicincang
Lada sulah – secukupnya
Garam – secukupnya
1 genggam bawang goreng – dipotong
1 genggam daun bawang – dipotong
1 biji telur – dipukul
Minyak masak – untuk goreng

cara-cara:
1.Goreng kentang sehingga masak Kemudian tumbukkan kentang yang telah masak sehingga halus dan letakkan ke dalam mangkuk.
2.Masukkan daging yang dicincang ke dalam adunan kentang beserta garam dan lada sulah.
3.Gaulkan adunan tadi sehingga rata kemudian kepalkan bulat dan leperkan.
4.Celupkan kepalan tadi kedalam telur sebelum digoreng sehingga masak supaya adunan tadi tidak pecah apabila digoreng.
5.Selepas siap goreng bolehlah dihidangkan bersama meehon sup dan sebagainya.

P/s:Resepi Begedil daging ini lebih sedap jika dilebihkkan dagingnya supaya kita seronok untuk mengunyah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5