Resepi Dapur Malaysia

Resepi Bingka Roti Kukus Pandan

No Comments

Resepi Bingka Roti Kukus Pandan ok ? Bingka selalunya memerlukan tepung gandum sebagai bahan utama untuk membuatnya . Akan tetapi , kali ini , Chef ingin ajarkan cara untuk membuat bingka yang lebih senang yang hanya menggunakan roti sebagai bahan utama . Selain itu , anda juga tidak perlu bersusah payah lagi untuk mengacau adunan tepung menjadi doh . Oleh itu , sila rujuk dibawah untuk menyediakan resepi yang simple dan sedap ini.

bingka roti kukus pandan

Bahan-bahan:
10 keping roti sandwic
200 ml santan yang dicampur dengan 200 ml air
3 per 4 cawan gula halus
1 sudu teh pes pandan
4 biji telur
10 gram kismis
1 sudu kecil garam halus
Sedikit pewarna hijau – Sekiranya perlu

Cara-cara membuat :
1.Koyakkan roti menjadi kepingan kecil dan Ketepikan.
2.Satukan santan, garam, gula, pes pandan, dan juga telur kemudian Kacau sehingga sebati.
3.Masukkan roti dan kismis ke dalam campuran santan tadi.Kemudian,rendam lebih kurang 5 minit.
4.Sapukan loyang dengan sedikit mentega dan tuang adunan ke dalam loyang kemudian kukus selama 30 minit.
5.Sejukkan dahulu kemudian potong dan siap untuk dihidangkan.

P/s : Resepi Roti Kukus Pandan tidak perlu dikukus dengan lebih lama kerana takut bingka tersebut menjadi terlalu kering dan tak sedap.Selain itu, jika anda tidak mahukan kismis , anda boleh gantikannnya dengan kurma ynag telah disiat halus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5