Resepi Dapur Malaysia

Resepi Biskut Jejari Coklat

No Comments

Resepi Biskut Jejari Coklat ok ? Memandangkan hari perayaan aidilfitri bakal menjelma tidak lama lagi , Chef ingin kongsikan cara-cara untuk membuat biskut raya yang sangat simple iaitu biskut jejari coklat . Resepi ini merupakan resepi yang sangat mudah untuk dibuat dan yang penting ianya sangat sedap dan sering mendapat perhatian daripada tetamu yang hadir kerumah.Tidak perlu bercakap panjang lagi , mari kita mencuba hidangan ini sekarang!

biskur jejari coklat

Bahan-bahan:
5 keping roti sandwic
300 gram coklat masak
1 cawan nestum

Cara-cara membuat:
1.Potong roti panjang-panjang kemudian susun di atas dulang.
2.Bakar di dalam oven pada suhu 120°C selama 15 minit.
3.Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boiler.
4.Kemudian celupkan roti yang dibakar tadi ke dalam coklat cair.
5.Golekkan pada nestum. Kemudian biarkan sejuk.
6.Siap untuk dihidangkan.

P/s : Resepi Biskut Jejari Coklat tidak boleh dibakar terlalu lama kerana ianya akan menjadi kering dan hangus . Selain itu , anda perlu pastikan yang suhu betul-betul 120°C supaya ianya di masak dengan sempurna.Pastikan anda letakkan biskut ini didalam balang yang kedap udara supaya ianya tahan lama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5