Resepi Dapur Malaysia

Resepi Biskut Semperit Susu

No Comments

Resepi Biskut Semperit Susu ok?biskut ini agak popular dalam kalangan masyarakat melayu kita.Tetapi ianya akan dijumpai pada musim perayaan sahaja.

Disini Chef akan tunjukkan cara-cara untuk membuat biskut ini supaya anda semua boleh makan biskut ini hari-hari sehinga muak.hehe.

biskut semperit

 

Bahan-bahan:
250g susu pekat manis (1/2 tin yang beratnya 505g)
250g butter,lembut tapi jangan terlalu lembik.Nanti biskut berminyak
600g tepung jagung Brown and Polson (cap butterfly)

Cara-cara membuat:
1.Pukul sebati susu pekat manis dan butter.Tak perlu pukul sampai kembang atau putih gebu.Ini kerana apabila butter dan gula@susu pekat manis dipukul hingga kembang/gebu, kita masukkan udara ke dalam adunan.Apabila adunan ini dibakar, udara dalam adunan akan mengembang dan ini akan menyebabkan biskut turut mengembang.
2.Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit,sambil digaul sebati untuk dipicit ke dalam acuan.Memadai adunan boleh dikepal boleh berhenti tambah tepung.
3.Picitkan atas dulang yang dialas baking paper.Tekankan ceri merah atau kismis di atasnya (kalau kismis kena potong 4, ia mengembang 2x ketika dibakar).
4.Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu 170C untuk 12-15 minit atau hingga bawah/tepi biskut nampak mula keperangan.
5.Keluarkan kemudian biarkan ianya sejuk dan mengeras.
6.Siap untuk disimpan kedalam balang.

P/s:Resepi Biskut Semperit Susu ini tidak boleh dimakan ketika panas kerana takut ianya masih lembik.Selain itu,untuk biskut tak perlu dipukul sampai kembang seperti membuat kek, kecuali ia dinyatakan dalam resepi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5