Resepi Dapur Malaysia

Resepi Black Pearl

No Comments

Resepi Black Pearl sangat mudah disediakan malah sangat kenyal dan sedap dimakan bersama air sejuk dan air kisar , sesuai juga untuk dijadikan penyejuk badan.

image

Bahan-bahan:

1 cawan tepung ubi
1/2 cwn air (untuk menguli doh)
Pewarna hitam (guna pewarna biru + merah + hijau)
Secubit garam halus
10 cawan air
1 cawan gula
3 helai daun pandan dikoyak

Cara membuat:
1.Masukkan 10 cwn air , gula dan daun pandan dalam periuk , biarkan hingga mendidih dengan api sederhana.

2.Gaul tepung ubi dengan garam hingga sebati , masukkan air sikit demi sikit sambil diuli (uli sampai tepung tidak melekat pada tangan , masukkan pewarna dan uli sebati.

3.Apabila air sudah mendidih , gentel doh dengan bentuk bulat2 kecik (pastikan muat straw besar) dan masukkan kedalam air yang mendidih tadi.

4.Buat hingga doh habis , kecikkan api dan masak selama 30 – 40 minit hingga pearl benar-benar masak dan airnya kering (untuk memastikan pearl masak , bila digigit tidak ada rasa tepung ditengahnya).

5.Tapis dan basuh dibawah air paip , simpan kedalam balang dan masukkan air gula (air yg dimasak dgn sedikit gula).

6.Simpan didalam peti , bila nak guna boleh diambal bila-bila masa saja.

P/s:Black Pearl sesuai dimakan bersama ais kisar dan Coconut Shake.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5