Resepi Dapur Malaysia

Resepi Blueberry Cheese Cake

No Comments

Resepi Blueberry Cheese Cake ok ? Resepi ini merupakan resepi kegemaran semua orang , tidak kira bangsa dan juga agama . Ini kerana , menu ini terdapat kombinasi rasa diantara blueberry dan juga cheese yang dapat membangkitkan selera makan setiap orang yang memakan nya.Selain itu , resepi ini tidaklah sukar untuk dibuat , ianya hanya mengambil masa selama 5 minit sahaja untuk menyediakan bahan dan bebrapa jam untuk tunggu ianya mengeras.Sila lihat dibawah jika ingin memasak hidangan ini.

blueberry cheese cake

Bahan-bahan:
1 paket biskut marie – hancurkan
2 sudu besar mentega – cairkannya
250 gram krim cheese
1 sudu makan gula kastor
1 kotak kecil whipping cream
2 sudu makan gelatin
100 ml air suam
Bueberry filling

Cara-cara membuat:
1.Satukan biskut marie dan mentega didalam mangkuk besar kemudian gaulkannya sampai sebati.
2.Masukkan biskut kedalam loyang dan tekankkannya sehingga biskut tersebut menjadi padat.Selepas itu,Sejukkannya di dalam peti sejuk selama 30 minit sehingga 1 jam.
3.Putarkan cream cheese bersama gula kastor sampai ianya kembang.
4.Masukkan whipping cream dan pukulnya sehingga lembut dan sebati kemudian ketrepikan.
5.Bancuhkan gelatin bersama air suam dan masukkan gelatin ke dalam adunan cream cheese tadi kemudain kacaukan kesemua bahan sehingga rata.
6.Tuangkan adunan cream cheese ke atas lapisan biskut tadi dan sejukkan didalam peti sejuk selama 6 jam.Apabila dah keras,keluar dan hiaskan dengan blueberry filling.
7.Akhir sekali , selepas cukup 6 jam bolehlah dihidangkannya.

P/s : Resepi Blueberry Cheese Cake perlu ditekankan biskut marienya sampai betul-betul padat untuk mengelakkan kek bederai semasa dipotong.Selain itu , pastikan anda menyejukkannya cukup 6 jam atau lebih supaya cake tersebut betul-betul mengeras dengan baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5