Resepi Dapur Malaysia

Resepi Blueberry Cheese Tart

No Comments

Resepi Blueberry Cheese Tart ok ? Ok , memandangkan hari raya bakal menjelang tidak lama lagi.Chef ingin ajarkan cara-cara untuk membuat Resepi Blueberry Cheese Tart yang paling sedap dan yang pastinya dapat membuka selera makan anda.Selain itu , masa yang diperlukan untuk menyediakan resepi ini adalah 15 minit untuk penyediaan manakala untuk memasak hanya 15 minit sahaja.TAk perlu berborak panjang lagi , jom kita cubanya sekarang juga!

blueberry cheese tart

Bahan-bahan:
Tart pastri (pergi je cari kat kedai bakeri)
20 gram pes blueberry
250 gramcream cheese
20 gram mentega
60 gram gula kastor
1 biji telur

Cara-cara membuat:
1.Pukulkan cream cheese , mentega dan gula sampai kembang dan berkilat.Kemudian masukkan telur dan putar sehingga sebati.
2.Sudukan pes blueberry kedalam pastri tart (sudukannya 3/4 penuh).
3.Tuangkan adunan cheese sehingga menutupi bahagian filling dalam pastri.
4.Buat corak dengan melorek menggunakan lidi diatasnya.
5.Akhir sekali,bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 10 minit.

P/s : Resepi Blueberry Cheese Tart perlu disimpan ke dalam balang kedap udara supaya ianya tidak masuk angin.Selain itu , jangan masukkan biskut ini kedalam peti kerana ianya akan menjadi lemau dan tidak rangup.Akhir sekali,biarkan cream cheese 30 minit sebelum digunakan bagi mendapatkan tekstur yang lebih cantik dan menarik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5