Resepi Dapur Malaysia

Resepi Bread Lasagna / Roti Lasagna

No Comments

Resepi Bread Lasagna / Lasagna Roti ini merupakan inspirasi daripada lasagna yang mana resepi ini lebih mudah disediakan kerana menggunakan roti tanpa pasta.

image

Bahan-bahan:
1/2 bawang besar
1/2 paket daging cincang
1 genggam mixed vegie
Sos cili
Sos tomato
Garam
Serbuk lada hitam
Roti keping
Telur
Susu
Keju mozarella

Cara membuat:
1.Tumiskan bawang dan masukkan daging , biarkan sampai daging menjadi empuk (untuk inti).
2.Masukkan sos cili , sos tomato , mixed vegie , serbuk lada hitam dan garam secukup rasa , kemudian masak sampai kering sedikit.
3.Pukul telur dan susu.
4.Celupkan roti dalam campuran telur dan susu , kemudian letakkan inti yang sudah dimasak diatas roti dan taburkan keju mozarella (buat 2 lapisan).
5.Bakar dalam oven pada suhu 180c selama 10 min.
6.Sedia untuk dimakan.

Resepi Roti Lasagna sesuai diminum bersama kopi panas dan selalunya dihidang untuk makan petang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5