Resepi Dapur Malaysia

Resepi Bubur Candil Tepung Pulut

No Comments

Resepi Bubur Candil Tepung Pulut
resepi candil
Bahan-bahan:
2 cawan tepung pulut
1 sudu kecil air kapur
air secukupnya untuk menguli
7 helai daun pandan (disiat dan disimpul)
2 cawan santan pekat
air secukupnya
1 cawan gula
pewarna merah , hijau dan kuning

Cara membuat:
1.Uli tepung pulut bersama air kapur dan air hingga menjadi seperti doh , tidak melekat pada jejari tangan.
2. Bahagikan tepung pulut kepada 3 bahagian dan warnakan seiap bahagian dengan merah , hijau dan kuning.
3.Rebus hingga mendidih air dalam periuk dan masukkan candil berwarna.
4 Bila candil telah timbul , tapis dan masukkan dalam bekas yang berisi air masak sejuk.
5.Dalam periuk lain masak gula bersama air secukupnya dan masukkan daun pandan.Bila gula telah hancur dan air mendidih , masukkan pula santan.Perlahankan api dan kacau selalu hingga kuah ini mendidih sekali lagi.
6.Tapiskan candil tadi dan masukkan dalam kuah , biar mendidih sekali lagi barulah tutupkan api.Pastikan api sentiasa kecil ke sederhana dan hendaklah sentiasa dikacau agar santan tidak berketul-ketul.

P/s:Resepi Bubur Candil Tepung Pulut sesuai dimakan sejuk dan dimakan semasa cuaca panas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5