Resepi Dapur Malaysia

Resepi Bubur Cha Cha

No Comments

Resepi Bubur Cha Cha ok? Resepi bubur cha cha sangat sedap kerana rasanya yang pekat dan berlemak . Selain itu , resepi ini merupakan resepi turun temurun yang di jadikan sebagai pencuci mulut.Resepi ini juga sangat sesuai jika dihidangkan pada waktu minum petang ataupun sedang beriadah .Anda tidak perlu risau kerana cara untuk memasak hidangan ini adalah sangat mudah.

bubur cha cha

Bahan-bahan:
2 biji ubi keledek
1 biji keladi
Setengah cawan biji cha cha berwarna warni
Setengah cawan sagu mata ikan – dibersih dan ditoskan
Setengah tin jagung manis
Santan secukupnya
1 setengah cawan gula putih
Setengah cawan gula perang
2 helai daun pandan

Cara-cara membuat:
1.Dadukan kesemua keledek dan keladi kemudian basuh dahulu.
2.Setelah di basuh rebuskan bersama tepung gunting sampai empuk
3.Kemudian, masukkan sagu mata ikan sehingga sagu kembang.
4.Masukkan santan secukupnya.
5.Masukkan secubit garam dan 2 helai daun pandan.
6.Akhir sekali,masakkan ia sehingga mendidih dan boleh dihidangkan.

P/s : Resepi Bubur Cha Cha lebih sedap jika anda gunakan santan yang segar dan juga pekat.Selai itu , bubur cha cha juga sedap jika di makan bersama air batu (kalau suka).Walaubagaimanapun,bubur cha cha bukan sahaja boleh di makan pada musim kenduri , malah boleh di makan pada bila-bila masa sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5