Resepi Dapur Malaysia

Resepi Bubur Jagung

No Comments

Resepi Bubur Jagung ok ? Menu ini di antara menu yang sering di jumpai ketika musim cuti sekolah kerana terdapat banyak kenduri kahwin.Selain itu , resepi ini juga sangat sedap kerana rasanya yang manis dan juga berlemak yang pastinya membuka selera .Akan tetapi , resepi ini juga agak sukar untuk dijumpai pada hari biasa kerana tidak ramai yang rajin untuk memasaknya.Oleh itu ,  mari sediakan menu ini sendiri di rumah.

resepi bubur jagung

 

Bahan- bahan:
7 ketul jagung – ambil isinya sahaja
Setengah cawan gula pasir
2 ketul gula melaka
Setengah cawan sagu mata ikan
3 cawan santan
Secubit garam
Daun pandan disiat dan disimpulkan
Air untuk merebus

Cara-cara membuat:
1.Rebuskan jagung dan sagu mata ikan dahulu sehingga agak empuk.
2.Masukkan sekali daun pandan yang telah disimpulkan.
3.Akhir sekali,masukkan gula pasir, gula melaka, santan serta secubit garam.
4.Akhir sekali , apabila rasanya sudah ok bolehlah di sediakan.

P/s : Resepi Bubur Jagung lebih sedap jika di masak dengan lebih pekat dan biarkan kuahnya banyak sedikit.Selain itu , resepi ini sesuai jika dihidangkan pada hari kenduri kahwin dan juga pada majlis-majlis tertentu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5