Resepi Dapur Malaysia

Resepi Bubur Keladi

No Comments

Resepi Bubur Keladi ok ? Bubur keladi memang amat sedap , tidak kira di makan ketika ianya sedang hangat mahupun dingin . Akan tetapi anda perlu berhati-hati kerana , jika anda tersalah masak , tekak anda akan berasa kebas kerana sifat keladi adalah gatal . Oleh itu , Chef ingin ajarkan cara yang betul untuk memasak hidangan ini.Selai itu , anda tidak perlu risau kerana , cara untuk memasak hidangan ini adalah sangat mudah .

bubur keladi

Bahan-bahan:
1 kg keladi | dipotong dadu dan direbus
500 gram gula merah (kalau x nak manis sangat letak sikit je)
600 ml air atau secukupnya
200 gram cha cha
2 sudu makan sagu
2 liter santan
2 helai daun pandan
Garam secukup rasa

Cara-cara membuat:
1.Panaskan santan bersama dengan air.
2.Masukkan kesemua bahan dan biarkan sehingga mendidih sekali lagi.
3.Akhir sekali,perasakan dengan garam dan sedia untuk dihidang.

P/s : Resepi Bubur Keladi akan jadi lebih sedap jika lebihkan sedikit daun pandan . Selain itu , pastikan anda gunakan santan yang segar supaya dapat mengekalkan rasanya yang pekat dan berlemak.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5