Resepi Dapur Malaysia

Resepi Bubur Lambuk Ibunda

No Comments

Resepi Bubur Lambuk Ibunda ok ? Memandangkan bulan puasa telah pon tiba, Chef ingin ajarkan cara untuk membuat bubuk lambuk yang sedap . Bubur lambuk biasanya akan di agihkan oleh orang masjid pada hari selasa dan khamis sahaja . Oleh itu , mari cuba resepi ini disamping di masak untuk ahli keluarga , bolehlah sedekahkan untuk jiran-jiran sekali .

bubur lambuk ibunda

Bahan-Bahan A:
2 mangkuk beras
16 mangkuk air
2 inci halia (dipotong tebal)
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
4 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1 sudu teh halba sahaja (biji)
1 sudu teh jintan manis (biji)
2 kiub pati ayam KNOR
1 keping daging cincang
2 sudu besar udang kering (ditumbuk)
sedikit garam

Bahan-Bahan B:
2 batang lobak merah (dipotong mengikut kesukaan)
1/4 tongkol jagung (diceraikan bijinya)

Bahan-Bahan C:
1/2 kotak santan pekat (kotak kecil)
1/2 sudu besar minyak sapi ‘GEEBLEND’
sedikit daun sup dan daun bawang

Bahan-Bahan D:
Telur Masin
Bawang goreng
Daun Sup
Daun Bawang
Cili Merah/Cili Padi

Cara-Cara untuk membuat :

1. Masukkan ke semua bahan A kedalam periuk.
*Daging Cincang disiramkan air dahulu sebelum di masukkan kedalam periuk dan cerai-cerainya nya didalam air. Ini adalah untuk mengelakkan ia berketul apabila air mula panas.
2.Kacau selalu supaya beras akan hancur
3.Apabila beras 1/2 hancur, masukkan bahan B dan terus mereneh sampai ia mendidih kembali.
4.Masukkan bahan C, kecilkan api dan tunggu sehingga ia kembali mendidih baru lah diangkat.
5.Bolehlah dihidangkan

P/s : Resepi Bubur Lambuk Ibunda lebih sedap jika ditaburkan bahan D diatasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5