Resepi Dapur Malaysia

Resepi Bubur Nasi Berlauk

No Comments

Resepi Bubur Nasi Berlauk merupakan kepelbagaian masakan nasi dan menjadi makanan yang sesuai untuk orang sakit dan juga orang ramai kerana bubur nasi berlauk ni sangat sedap dan mudah disediakan.

image

Bahan A (bubur nasi):
2 cawan beras
1 sudu serbuk pati ayam
2 inci halia muda (dihiris halus)
1 biji bawang besar (dicincang)
3 ulas bawang putih (dicincang)
Daun sup (dihiris halus)
2 sudu kecil lada putih (ditumbuk)
3 cawan air (mengikut citarasa)

Bahan B (lauk):
1 mangkuk ayam goreng yang dicarik
1 mangkuk ikan bilis goreng
3 biji telur masin (direbus dan dibelah 2)
1 cawan lobak masin (dipotong dadu)
Hirisan daun sup
Hirsan daun bawang
Bawang goreng
Hirisan cili merah
Sambal kicap

Cara membuat:
1.Satukan semua bahan A dan masak hingga sempurna.
2.Setelah bubur masak dengan sempurna , hidangkan bersama semua bahan B dan sedia untuk dihidangkan.

P/s:Resepi Nasi Bubur Berlauk juga boleh ditambah lada hitam bagi penggemar makanan pedas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5