Resepi Dapur Malaysia

Resepi Cakoi

No Comments

Resepi Cakoi salah satu kuih berasaskan tepung yang sangat mudah disediakan dan sedap dinikmati untuk sarapan pagi atau makan petang.

image

Bahan-bahan:

1 kg tepung gandum
1 paket yis kering (dilarutkan)
1 cawan gula pasir (dikarutkan)
3 ½ cawan air (dilarutkan)
Sedikit garam (dilarutkan)
2 biji telur (pecah dan kacau rata)
½ cawan minyak mazola
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil air kapur

Cara membuat:

1.Satukan tepung gandum , minyak mazola dan masukkan bahan yang telah dilarutkan serta telur kedalam satu bekas.
2.Masukkan air dan uli adunan hingga licin dan tak melekat pada tangan.
3.Tutup dengan tuala lembab dan biarkan semalaman.
4.Uli lagi hingga licin dan lembut.
5.Ambil sedikit adunan dan canaikan.
6.Potong adunan dalam bentuk memanjang.
7.Dengan mengunakan lidi , celup dalam air dan basahkan bahagian tengah adunan yang dipotong tadi.
8.Ambil adunan lain yang telah dipotong sama saiz , lekatkan , tekan sedikit di bahagian yang dibasahkan dengan air tadi.
9.Ulangi proses dan goreng dengan minyak penuh dan api sederhana.

Resepi Cakoi sangat sesuai dimakan bersama sambal bilis atau kaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5