Resepi Dapur Malaysia

Resepi Cencaru Bakar Bersambal

No Comments

Resepi Cencaru Bakar Bersambal merupakan resepi yang sangat sedap dan lazat yang mana resepi ini sangat disukai kerana mudah disediakan malah sangat sesuai untuk mereka yang gemarkan masakan jenis berbeku.

image

Bahan-bahan:
4-5 ekor ikan cencaru – belah belakang
1 senduk (5-6 sb) cili kisar
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
2 batang serai – potong-potong
1 inci halia
Sedikit belacan bakar – jika suka
2-3 tangkai daun kesum – jika suka
Asam keping
Gula dan garam

Cara membuat :
1.Tumbuk serai , halia , bawang putih , bawang besar dan tumiskan sehingga wangi dan masukkan cili kisar.
2.Goreng sehingga cili betul betul masak , bila dah pecah minyak masukkan gula dan garam secukup rasa.
3.Masukkan daun kesum dan sedikit asam keping atau air asam jawa. Masak sehingga kering dan garing.
4.Bila sambal dah masak sumbatkan dalam ikan dan bakar dalam pemanggang ikan ajaib/kuali leper/kayu arang (kalu nak sedap lagi bungkus ikan dengan daun pisang/daun kunyit).

Resepi Cencaru Bakar Bersambal sangat sesuai dimakan bersama nasi putih dan air teh o ais lemon.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5