Resepi Dapur Malaysia

Resepi Cendol

No Comments

image

Bahan-bahan untuk cendol:

5 sudu besr tepung beras
1 sudu besr tepung gandum
1 sudu besar tepung pulut
10 helai daun pandan dikisar (ambil air sahaja)
Air (untuk merebus)

Cara membuat:

1.Masukkan semua tepung kedalam satu mangkuk , kemudian masukkan air pandan sedikit demi sedikit sambil gaulkan semuanya sehingga tidak melekat pada tangan.
2.Panaskan periuk bersama dengan air.
3.Sambil menunggu air mendidih , ambil plastik putih dan gunting bucu dia sedikit (untuk buat cendol).
4.Masukkan semua bahan-bahan yang sudah digaul tadi kedalam plastik , bila air dah mendidih , picit cendol ke dalam periuk (mengikut citarasa). Sediakan semangkuk air sejuk.
5.Bila cendol dah kembang bermakna cendol sudah masak , angkat dan toskan cendol , kemudian masukkan cendol kedalam mangkuk yang ada air sejuk.
6.Cendol sedia untuk dihidangkan.

Bahan-bahan untuk air:

1 kotak santan segera (santan pekat)
2 cawan air masak
Gula merah secukup rasa
1 sudu kecil garam

Cara membuat:

1.Panaskan periuk , kemudian masukkan santan dan air masak kedalam periuk.
2.Masukkan garam dan gula merah mengikut selera anda (kalau tak nak manis kurangkan gula)
3.Bila sudah mendidih , tutupkan api.
4.Tuangkan kedalam jag besar dan campurkan kesemua bahan termasuk cendol juga ais dan boleh diminum.

P/s:Air Cendol juga bole dibuat aiskrim dengan hanya menyimpan air cendol semalaman kedalam peti sejuk beku dan hasilnya sangat sedap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5