Resepi Char Kuey Teow

Resepi Char Kuey Teow merupakan hidangan yang semakin popular di Malaysia.Walaupun sos char kuey teow sukar didapati tetapi hidangan ini sangat ringkas disediakan , lebih-lebih lagi diamakan pada waktu malam .
ckt
Bahan-bahan:
3 ekor udang
segenggam kuey teow
2 sudu besar minyak
1 ulas bawang putih
1 sudu cili boh
2 sudu kicap char kuey teow
1 biji telur
tauge & kucai
secawan air (utk lebih sedap guna air rebusan ayam)

Cara membuat:
1.Panaskan minyak , goreng udang separuh masak , kemudian masukkan bawang putih , cili boh dan tumis seketika
2.Masukkan air , kicap CKT , kuey teow dan telur ,kacau seketika.
3.Masukkan tauge dan kucai.
4.Sedia untuk dihidangkan.

P/s : Resepi Char Kuey Teow perlu dimasak dengan api yang besar dan jangan masak terlalu lama agar hidangan tidak terlebih masak.Lebih sedap jika dimakan bersama lada jeruk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *