Resepi Dapur Malaysia

Resepi Cheesekut

No Comments

Resepi Cheesekut ok ? Resepi sangat sangat mudah untuk dibuat kerana anda tidak perlu menggunakan pengukus dan juga oven kerana anda perlu biarkannya mengeras dalam peti sejuk sahaja.Selain itu , masa yang diperlukan untuk membuat resepi ini juga tidak lama kerana ianya hanya memerlukan masa selama 5 minit untuk menyediakan bahan dan beberapa jam untuk tunggunya mengeras . So,sambil-sambil sidai kain , lipat baju tu dah dapat makan cheesekut . Tak lama pon nak tunggu..hehe

resep-gampacheesekutng-4-bahan-cheesekut-tanpa-oven

Bahan-bahan:
250 gram ncream cheese
6 sudu makan susu pekat
1 cawan susu segar
1 bungkus biskut marie

Cara-cara membuat:
1.Pukulkan cream cheese menggunakan mixer sehingga ianya mengembang.
2.Masukkan susu pekat dan sedikit susu segar kemudian pukul sampai sebati.
3.Celupkan biskut dengan susu segar dan susun di dalam bekas yang sesuai.
4.Selang-selikan bersama cream cheese dan ulangi langkah ini.
5.Masukkannya ke dalam peti sejuk selama 6 jam.
6.Sedia untuk dihidangkan.

P/s:Resepi Cheesekut ini jika disimpan didalam peti ianya boleh bertahan lama.Selain itu,biskut marie juga boleh digantikan bersama biskut cream crakers.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5