Kanak-kanak mahupun orang dewasa pasti semuanya suka chocolate. Selain hanya untuk dimakan, apa kata kita buat air chocolate ice blended special ini.
Bahan-Bahan:
- sedikit serbuk coklat
- sedikit air panas
- sedikit susu pekat
- beberapa ketulan ais
- sedikit aiskrim vanila
Cara Penyediaannya:
- Masukkan serbuk coklat, air panas, susu pekat serta ketulan ais.
- Kisar sehingga hancur.
- Masukkan aiskrim dan kisar lagi sehingga sebati.
- Masukkan ke dalam gelas dan hidangkan bersama serbuk coklat di atasnya.
Sedap kan minum chocolate blended ini sejuk-sejuk? Selepas ini boleh la buat selalu. Jangan lupa share resepi chocolate ice blended special ini.