Resepi Churros ok ? Nampak seperti keropok , akan tetapi resepi ini sangat sedap dan berlemak.Walaubagaimanapun , menu ini agak mahal jika anda makannya di restoran , potion nya pun amat sedikit.Akan tetapi , anda tidak perlu risau kerana, Chef akan ajarkan cara untuk memasak resepi ini di bawah.
Bahan-bahan yang diperlukan :
1 cawan air
2 sudu besar gula
Setengah sudu kecil garam
2 sudu makan minyak sayuran
1 cawan tepung serba guna
1 sudu teh setengah serbuk kayu manis
Cara-cara membuat: |
1.Panaskan air, minyak sayuran, gula dan garam kemudian sejukkan.
2.Campurkan tepung serba guna dan aduk hingga sebati.Kemudian masukkan doh ke dalam beg paip.
3.Panaskan minyak di dalam kuali dan paipkan ke dalam minyak yang telah dipanaskan dengan teknik deep fry
(menggunakan minyak yang banyak).
4.Goreng sehingga kekuningan dan angkat.
P/s : Resepi Churros lebih sedap jika dihidangkan bersama coklat cair ataupun sos karamel.