Resepi Dapur Malaysia

Resepi Cucur Badak

No Comments

Resepi Cucur Badak merupakan salah satu kuih berinti yang sangat digemari ramai.Kuih ini mudah disediakan dan sangat sedap dimakan.

image

Bahan-bahan:
Untuk inti:
½ biji kelapa parut
Kisar semua bahan dibawah:
100 gram udang kering (rendam)
1 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
7 tangkai lada merah
1 cm halia
1 batang serai
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan gula
½ sudu teh garam
2 sudu makan minyak masak

Untuk doh:
250 gram keledek (rebus dan lenyek)
3 ½ sudu makan tepung gandum
½ sudu teh garam
½ kg minyak masak (untuk menggoreng)

Cara membuat inti:
1.Panaskan minyak dan masukkan semua bahan yang telah dikisar , kemudian tumis sehingga naik bau dan masak.
2.Masukkan kelapa , kacau rata dan ketepikan.

Untuk kuih :
1.Gaul rata semua bahan doh kecuali minyak masak untuk membentuk doh (tambah tepung sedikit demi sedikit sekiranya doh lembik dan melekat).
2.Ambil sedikit doh dan bentukkan bulat sebesar bola golf dan isikan inti di tengah-tengahnya.
3.Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali dan goreng doh yang telah diisi inti sehingga keemasan. Angkat dan tos.
4.Siap untuk dimakan.

P/s:Resepi Cucur Badak sangat sesuai dijadikan menu petang dan sesuai dihidangkan bersama teh panas .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5