Resepi Dapur Malaysia

Resepi Daging Berempah

No Comments

Resepi Daging Berempah ok ? Seperti yang kita tahu hanyalah ayam masak rempah yang di makan bersama nasi kukus.Akan tetapi , sesuatu perkara yang anda perlu tahu adalah daging juga boleh di masak rempah . Daging yang di masak rempah sangat sedap sehinggakan Chef sendiri pon selalu memasak dan memakan nya di rumah.Oleh itu , mari kita cuba.

daging berempah

Bahan-bahan:
400 gram daging – dihiris
Setengah biji bawang besar
1 biji kelapa
Setengah cawan yogurt
4 sudu besar kicap pekat
4 sudu besar kacang pis
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar rempah
Kari daging
Garam Secukupnya

Bahan tumisan:
4 sudu besar mentega
5 biji bawang merah – dihiris
1 sudu besar halia – dihiris
2 kuntum bunga lawang
1 sudu besar kulit kayu manis
1 tangkai daun kari

Cara-cara membuat:
1.Panaskan mentega dan tumiskan bahan tumisan tadi
2.Masukkan rempah yang dibancuh dengan sedikit santan dan cili kisar kemudian biarkan sehingga garing dan wangi.
3.Selepas itu , masukkan daging,kicap pekat,santan,yogurt dan garam.
4.Masklah daging tersebut sehingga empuk dan kuahnya sedikit kering.
4.Akhir sekali, masukkan kacang pis dan hirisan bawang besar kemudian masak seketika sebelum angkat.

P/s : Resepi Daging Berempah lebih sedap jika di masak sedikit kering dan pedas. Selain itu , pastikan anda gunakan santan yang segar supaya dapat mengekalkan rasanya yang pekat dan berlemak.Resepi ini boleh di makan bersama apa jua hidangan sekalipun , tidak kira samada nasi putih , lemang , ketupat dan sebagainya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5