Resepi Dapur Malaysia

Resepi Daging Bumbu Bali

No Comments

Resepi Daging Bumbu Bali ok ? Resepi ini merupakan resepi yang sangat sedap dan dikhabarkan menu ini adalah masakan khas dari daerah Bali.Masakan bambu bali terbahagi kepada pelbagai jenis hidangan seperti ikan, ayam , daging , tahu dan sebagainya . Akan tetapi kali ini kita ingin memasak daging bambu bali , daging bambu bali ini sangat sedap sehinggakan ramai tukang masak yang jadikan menu ini sebagai menu masakan mereka di setiap restoran.Oleh itu ,  mari kita cuba.

daging bambu barli

Bahan-bahan:
1 kg daging – dipotong dadu
300 ml minyak
1 sudu makan kicap pekat
Garam secukup rasa

Bahan kisar:
100 gram biji jintan putih
50 gram lengkuas
2 batang serai
6 biji cili merah
6 biji cili padi
4 biji bawang merah
2 biji bawang putih

Cara membuat:
1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga garing.
2. Masukkan daging, kicap dan garam secukup rasa.
3. Masak daging hingga empuk.
4.Sedia untuk dihidang.

P/s : Resepi Daging Bumbu Bali sangat sedap jika dimakan bersama nasi putih yang sedang panas. Selain itu , nak lagi sedap , masak ianya dengan sedikit kering . Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5