Resepi Dapur Malaysia

Resepi Daging Burger Homemade

No Comments

Resepi Daging Burger Homemade ok ? Seperti yang kita sedia tahu bahawa daging burger adalah antara makanan segera yang tidak sehat untuk tubuh badan.Selain itu,kita juga tidak dapat memastikan bahawa daging burger yang dijual di pasaraya adalah haram atau halal? Oleh itu,Chef akan tunjukkan cara untuk membuat daging burger yang sedap dan semestinya halal ini.

daging beger

Bahan-Bahan:
2 kilo daging kisar
8 cawan serbuk roti
2 biji telur
3 sudu makan sos tiram
3 sudu makan Italian Herbs
2 sudu besar lada hitam
2 cawan bawang holland – yang telah dipotong dadu
4 ulas bawang putih – tumbuk lumat
1 sudu kecil garam
5 sudu besar minyak

Bahan Tambahan:
Mozarella cheese atau Cheddar cheese

Cara-cara membuat:
1.Satukan kesemua bahan yang berada di atas kecuali cheese.
2.Bulatkan daging burger mengikut saiz yang disukai.
3.Leperkan dan tekan daging burger tersebut di bahagian tengah dengan ibu jari.
4.Masukkan daging burger tersebut kedalam peti sejuk dalam 1-2 jam.
5.Daging burger ini boleh dimasak secara grill atau di atas kuali non stick.
6.Ketika sudah hampir masak,letakkan cheese dan masak sehingga cheese agak cair.
7.Hidangkan bersama roti burger dan siap.

P/s:Resepi Daging Burger Homemade ini boleh disimpan agak lama dengan syarat ianya berada didalam peti dan tidak disentuh.Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5