Resepi Dapur Malaysia

Resepi Daging Dendeng Belado

No Comments

Resepi Daging Dendeng Belado ok?Resepi ini amat popular di negara jiran iaitun di Indonesia.Malahan,resepi ini juga telah merebak ke negara kita dan mendapat perhatian ramai kerana rasanya yang unik dan juga pedas.

Oleh itu,Chef mengambil kesempatan ini untuk mengajar anda semua car untuk memasak resepi ini.

daging dendeng

Bahan- bahan Untuk Daging:

1kg Daging batang pinang – dihiris (jangan terlalu kecil).

Bahan untuk dikisar:
Halia
Bawang Putih
Kunyit Hidup sedikit

Bahan-Bahan Untuk Lada:

Bawang Besar
Tomato/Asam Jawa/Limau Kasturi
Lada Merah
Garam
Gula ( sedikit sahaja)
Perasa

“Blend lada,bawang,Tomato (jika nak pakai tomato).Kalau nak pakai Asam atau Limau letak waktu menggoreng lada nanti.Tak payah dicampur.” (jika baru pertama kali buat dinasihatkan supaya jangan menggunakan asam mahupun limau kerana takut lain rasanya).

Cara-cara untuk memasak daging:
1. Daging yang dihiris tadi perlu direbus dengan Bahan Kisar dan letakkan garam.
2. Bila daging sudah menyerap semua bahan-bahan kisar tadi gterus diangkat.
3. Tumbuk daging tersebut dengan batu lesung (jgn hancur lumat pulak).
4. Lepas semua siap ditumbuk panaskan minyak dan goreng.

“Jika suka daging ni dimakan kering lamakan masanya, jika sebaliknya cukup la warnanya menjadi keperangan.Jgn risau daging ni memang sudah masak kerana dia menjalani proses rebusan tadi”.

“letak tepi daging tadi dan sekarang kita buat lada”.

Cara-cara memasak lada:
1.Panaskan Minyak (gunakan minyak menggoreng Daging tadi).
2.Hiriskan bawang dan goreng bersama minyak yg panas (bagi sape yg tak suka banyak bawang tak payah ikut proses ni sebab lada tadi sudah di kisarkan bawang sekali)
3.Setelah bawang bertukar warna masukan lada yangg di blend tadi (boleh laa masukkan Asam jawa atau Limau jika tak menggunakan Tomato).
4.Masukan garam dan serbuk perasa jika mahu.
(berapa banyak lada yg digunakan? lagi banyak lagi pedas,ikut la kesesuaian daging)
5.Tunggu sehingga minyak naik (dah masak).
6.Bagi yg tak suka minyak banyak boleh buang minyak yang berlebihan tadi tapi jangan dibuang semua kerana nanti tak sedap dekat daging.
7.Masukkan daging tadi kedalam lada yang sudah masak.
8.Siap untuk dihidang.

P/s:Resepi Daging Masak Dendeng Belado ini lebih sedap jika dimasak dengan pedas dan minyaknya boleh dimakan.Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5