Resepi Dapur Malaysia

Resepi Daging Goreng Rangup

No Comments

Resepi Daging Goreng Rangup ok ? Bagi sesiapa yang malas nak masak menu yang leceh-leceh tu bolehlah mencuba resepi daging goreng rangup ini. Disamping sedap , cara penyediaannya juga amatlah mudah dan ringkas.selain itu , bahan yang anda perlukan tidaklah terlalu rumit kerana saya pasti yang bahan-bahan tersebut pasti ada di rumah anada. Oleh itu , jangan bercakap panjang lagi , jom kita cuba resepi ini.

daging goreng rangup

Bahan-bahan:
300 gram daging kisar
100 gram tepung gandum
100 gram serbuk roti
500 ml minyak masak
2 biji telur
Garam secukup rasa
Serbuk cili secukup rasa

Cara membuat:
1.Bentukkan daging seperti nuget. Celup ke dalam telur yang dicampur serbuk cili dan sedikit garam.
2.Kemudian celupkan pula ke dalam tepung dan gaul dengan serbuk roti.
3.Panaskan minyak dan goreng hingga keemasan.
4.Sedia untuk dinikmati.

P/s : Resepi Daging Goreng Rangup sungguh sedap jika dicicah bersama soh pencicah thai (jenama maggie) . Selain itu , menu ini juga boleh dimakan bersama nasi putih dan di ratah begitu sahaja seperti nuget.Disamping itu , kalau nak lebih terasa di awangan , hidanglah ia bersama ice lemon tea.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5