Resepi Dapur Malaysia

Resepi Daging Masak Asam Pedas

No Comments

Resepi Daging Masak Asam Pedas ok ? Asam Pedas sangat terkenal di negeri Melaka dan juga Johor. Sebut sahaja asam pedas semua orang tahu bahawa masakan itu sangat sedap dan popular di Negeri Melaka , Johor dan kini popular di seluruh negeri.Selain itu,cara untuk membuatnya tidaklah terlalu rumit dan tidak pula terlalu mudah.Terpulang kepada citarasa masing-masing untuk menyedapkan lagi masakan mereka dengan cara apapun.

asam pedas daging

Bahan-bahan:
600 gram daging – dipotong kecil
15 biji limau kasturi – ambil jusnya (kalau x nak masam ambil sedikit je)
2 biji limau nipis – dihiris
Setengah cawan air
3 helai daun kunyit
3 helai daun limau purut
2 sudu makan minyak masak’
Garam secukupnya

Bahan yang perlu ditumbuk:
25 biji cili merah (ikut tahap kepedasan)
7 biji buah keras
4 biji bawang putih
2 sudu makan lengkuas

Cara-cara membuat:
1.Pertama sekali, gaul dan perapkan daging dengan garam dan bahan yang ditumbuk semalaman di peti sejuk
2.Masukkan minyak secukupnya.Apabila sudah panas , masukkan daging yang telah diperap dan semua bahan ke dalam kaserol
3.Tutup kaserol dan bakar di dalam ketuhar pada suhu 180 darjah celcius selama satu jam setengah
4.Akhir sekali,setelah masak , angkat dan hidangkan.

P/s : Resepi Daging Masak Asam pedas akan jadi lebih sedap jika di perapkan dengan lebih lama.Selain itu , nak lebih sedap , masaklah menu tersebut dengan lebih pedas.Apabila resepi itu pedas , Chef yakin yang anda semua akan memakan hidangan ini dengan penuh selera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5