Resepi Dapur Malaysia

Resepi Daging Masak Cendawan

No Comments

Resepi Daging Masak Cendawan ok ? Memandangkan harini terlalu banyak baki daging segar dan cendawan di dalam peti , Chef ingin mengambil inisiatif untuk menyediakan menu daging masak cendawan untuk juadah berbuka puasa sebentar nanti . Selain sedap , resepi ini juga sangat mudah untuk di masak , bak kata orang tua-tua hanya campak-campak dah siap.

daging masak cendawan

Bahan-bahan:
800 gram daging – perap dengan garam & tepung gandum
5 biji bawang besar – dicincang
1 biji lobak merah – dicincang
100 gram seleri – dicincang
100 gram cendawan – dihiris
50 gram mentega
15 gram parsli – dipotong halus
10 gram kulit lemon
5 gram serbuk lada hitam
1 liter setengah stok istimewa
Setengah liter puri tomato (dalam tin)
50 ml minyak zaitun
Garam secukup rasa

Bahan untuk membuat stok istimewa:
2 kg tulang lembu
100 gm seleri – dihiris kasar
5 gm biji lada hitam
2 biji lobak merah – dipotong besar
4 biji tomato – dibelah 4
5 biji bawang besar – dibelah dua
6 liter air
5 tangkai daun parsli

Cara membuat stok istimewa:
1.Panggang tulang dalam ketuhar selama 30 minit pada suhu 200° C.
2.Didihkan tulang dan semua bahan ke dalam periuk selama 2 jam.
3.Angkat dan tapis airnya kemudian ketepikan.

Cara-cara membuat:
1.Panaskan mentega dan minyak zaitun di dalam kuali.Kemudian, tumiskan cendawan, bawang besar, lobak dan seleri hingga harum.
2.Masukkan daging, tomato dan stok istimewa.
3.Kacau hingga sebati dan masak sehingga daging empuk.
4.Masukkan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.
5.Sedia untuk dihidangkan.

p/s : Resepi Daging Masak cendawan lebih seronok di pandang jika anda hiaskannya menggunakan daun parsli dan kulit lemon.Selain itu , daging ini sangat sedap jika anda hidanngkannya bersama jus tembikai,sambal belacan , kailan dan nasi panas.Chef pasti yang korang takkan berganjak dari kerusi anda sehingga menu ini habis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5