Resepi Dapur Malaysia

Resepi Daging Masak Hitam

No Comments

Resepi Daging Masak Hitam sangat sedap dan amat menyelerakan . Selain itu , ianya juga sangat mudah untuk dimasak , hanya memerlukan masa selama 20-30 minit .

image

Bahan-bahan:
100 ml minyak masak
3 labu bawang besar (dihiris)
500 gm daging -direbus (dipotong mengikut citarasa)
2 batang cili merah (dibelah 2)
2 batang cili hijau (dibelah 2)
2 biji tomato (dibelah 4)

Bahan Kisar Halus
2 tangkai daun kari
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm halia
2 sudu besar pes cili kering
2 sudu besar rempah kari daging
8 cm kulit kayu manis

Sos
4 sudu besar kicap pekat
125 ml pati santan
1 sudu teh air asam jawa pekat
Gula dan garam secukup rasa
1 kiub daging

Cara membuat:
1.Masukkan minyak dalam kuali.
2.Goreng hirisan bawang besar hingga garing dan kuning keemasan.
3.Angkat bawang , toskan minyaknya dan ketepikan.
4.Dengan lebihan minyak yang sama , tumiskan bahan-bahan yang di kisar halus tadi, sehingga harum.
5.Masukkan daging dan balik-balikkan atas api sederhana hingga daging empuk.
6.Tambahkan bahan-bahan sos dan kiub daging.
7.Kacau rata sehingga kuahnya pekat dan tambah garam serta gula secukup rasa.
8.Masukkan cili merah , hijau , toamto dan bawang besar goreng.
9.Kacau hingga cili layur dan boleh dihidangkan.

P/s : Resepi Daging Masak Hitam boleh dihidangkan dengan nasi putih atau nasi beriani , juga sesuai dimakan bersama sirap limau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5